assalammualaikum, haish.. sebenarnya berat hati cik writer nak cerita ni. nih nak cerita pun bulu tengkuk tegak semacam dah lah aku sengsorang je kat dalam bilik ni. lagi lah entry kali nih lain macam aje genre dia.. ntahlah, aku rasa apa yang aku nak kongsi nih memang seriously, seram. oukeyh ulang. S.E.R.A.M. hahaha.. seram bukan apa ya cuma akhir tahun ni aku ada exam last years.. menggelepor jugak eh nak type. hahahaha.. (keyh shaa be serious)
act, semalam dekat sekolah aku ade budak form 2 ni kene histeria time nak solat asar. ntahlah.. aku sekolah sesi pagi. maklum, yang sekolah sesi petang just form 1 and form 2. sesi pagi pulak form 3,4,5 only. form 6 takde.. faktor penduduk ekoteghopiks aka kota masai terlampau padat.(kalau tak tahu kota masai kat mana, kota masai terletak dekat daerah pasir gudang, johor) maklum lah, kota masai nih terletak kat kawasan pinggir bando.. tuh yang kurang maju sikit.. oukayh dah tersimpang jauh ni.. kita return balik ya...
histeria. yup. that sounds like scared. ini sumber daripada adik aku form2. so bila dia balik mesti kepoh dengan kiteorg cerita pasal budak kene histeria. and act masa tahun lepas pun ada jugak budak kene histeria..bukan apa, just budak kawat sampai lewat malam then mulut pun merapu lah cakap benda bukan-2. aku yang dengar cerita nih pun seram gak. oukeyh itu lain.. tapi tahun ni lagi dasyat. ya. lebih sepuluh orang pelajar kene histeria.. lelaki pun termasuk okayh. nak tahu sebab apa kene histeria ni?....
daripada apa yang adik aku cerita, ada lah kawan adik aku ni orang iban. nak tahu tak dia pergi main permainan 'spirit of the coin' tuh atau 'permainan roh duit syiling'. bangang bukan? maklum lah budak-2. korang tahu tak apa tuh spirit oh the coin? halah, budak dah sawo matang cam korang nih takkan tak tahu kot... game ni famous kat kalangan pelajar sekolah atau asrama penuh. yang duduk universiti pun mesti tahu game ni kan? okayh, adik aku nih just tengok jelah diorg main time rehat lam pukul 3.30 tak silap.. dalam 4 orang main benda nih kat kelas. bengong! dah lah kat kelas tuh sunyi.. lepastuh game tak tamat lagi main blah gitu je.. bukan nak habiskan game tuh.. tuh yg time asar je menjerit sana sini..
aku ada jugak search google pasal benda alah ni. game spirit of the coin ni sebenanya game pemujaan roh orang yang dah mati atau kita dapat communicate dengan orang dekat dimensi lain..(bulu roma memainkan peranan u olls!!!) dengan apa yang aku baca, rupanya game dia senang aje! serious! memang easy gila aku cakap.. just korang perlukan kertas A4 tulis dekat dalam kertas tuh huruf A-Z, 0-9, dekat tetengah kertas tulis 'yes','home','no'. bawah dia lagi tulis 'good bye' and korang perlukan duit syiling lam 20 sen or 50 sen. lagi lama duit syiling tuh lagi bagus. kalau nak lagi rare buat malam jumaat pukul 12 just diterangi dengan cahaya lilin.. pehhh sumpah aku tanak main game ni!
ada jugak adik aku cakap diorang main dalam tandas depan cermin. haih budak-2 zaman skang.. ada aje game yg intresting terus nak try.. padahal game yang diorg main nih berisiko tinggi. lepastu cakap just main tuk suka-2. suka- suki hotak kau! kalau dah satu skolah kene tanggung risiko histeria ni.. hah pandai kau main pandai lah kau tanggung, baru kau tahu langit tuh biru ke hijau(pepatah hanat aku mohon abaikan) gatal sangat tangan tuh dok main benda tuh buat apa, menyusahkan ustaz yang ada kat skolah aje.. mohon taubat lah ya..
dari apa yang aku tahu, korang just letak syiling keramat kat atas kertas yg korang dah tulis tuh. then letak syiling tuh dekat atas 'home' letak jari korang sepoi-2 bahasa. jangan di tekan syiling tuh. lepas tuh sebut lah perkataan ‘Spirit-spirit of the coin, if you can hear me, please come' sebanyak 3 kali. kalau dah rasa spirit tuh dah mula join korang main secara outomatik syiling yg korg sentuh tuh bergerak pelan-2 dengan misteri dekat perkataan 'yes'. means dia dah agree nak join korang main. then, tanya lah soalan yg korang nak tanya. contoh, tanya siapa nama kau? dari mana asal kau? kau mati sebab apa? exam akhir tahun nih keluar soalan apa?(yang nih kurang ajor hahahaha xD) nanti 'dia' akan jawab. 'dia' takkan jawab direct tau, 'dia' akan gerakkan syilling tuh dekat huruf-2 yg ada kat kertas tuh. then, jadi satu perkataan. selagi 'dia' tak puas main, selagi tulah korang takboleh angkat jari korang tuh.. kalau tak naya.
tapi ada jugak budak gaduh pasal main game nih. sebab apa? sebab duit syiling yg gerak tuh bukan spirit yg gerakkan tapi ada malaun yg gerakkan dengan sengaja. nampak tak dia punya pangai hanat kat situ? contoh lah korang dah penat nak main an korang pun cakap 'can we end the game now?' kalau spirit tuh kata 'no' alamatnya korang kena main lah sampai esok subuh, sampai lah 'dia' jemu nak tengok muka korang hahaha...(sorry puncline je tuh) tapi kalau dah tak larat korang pergi lepaskan jari korang kat syiling tuh... habis lah dok... 'dia' akan ganggu hidup kau dengan tragis. yelah, mana taknya spirit tuh dalam jasad kau, roh kau dalam syiling tuh, kalau syiling tuh jatuh jamban sampai bila-2 lah kau kat jamban hahahaha lels.. tulah ceq dah cakap awai-2 jangan main, hampa degil. tak pikiaq dulu. kan dah kena kacau. padan muka depa!
so, konlusinya, jangan lah main benda alah ni. bagi yang beragama islam, benda nih syirik! permainan syaitan nak menyesatkan anak cucu adam sampai ke kiamat kelak. siapa yg parcaya, boleh rosak akidah dengan iman. so, benda yang bertentangan dengan rukun islam nih kena elakkan. tak baik menyekutukan Allah. sesungguhnya, Dia lah tuhan yg berkuasa kat alam cakerawala nih. oukeyh lah jari aku dah penat nak menaip, segala kecarutan yang ada dalam entry nih hanya gurauan semata-2... toksah lah simpan dalam hati.. dont worry be happy keyh! chaiyok! bye asslammualkum.
Friday, September 11, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment