Monday, March 20, 2017

better.



Assalammualaikum. Haaaa memandangkan hari ini aku ada masa terluang dengan blog, so aku akan.... em akan... (bapak sumpah tak tahu nak taip apa) series lah aku paling benci bab intro nanti bila dah sampai klimaks gila anjenk banyak noh content pumpang pumpang nak type macam nak terbelah tujuh keyboard aku (ayat metafora sila ninggal). 

"shaaa, blog kau nampak lain lah"

ye ye aku tahu blog aku lain sebab aku dah alter semuanya.

"kenapa pilih floral theme"

suka haku lah nak floral ke nak jungle ke malah nak galaxy. nampak cantik duh tu yang aku guna. entah sapa punya baik hati sangat nak bagi so without thinking too much aku amik dengan tanpa rasa bersalah. 

"theme yang lama punya mana?"

jangan risau, yang lama punya aku masih simpan. gila nak buang? penat kut aku edit macam nak putus urat halkum dan urat marith (marith ke marikh ah lantak aku lupa) 

"alah, mesti simpan kat folder kan?"

nope, totally wrong. aku takde masa beb nak copy semua code2 tu. haaaaa nak tahu macam mana? jeng jeng jeng.... aku bukan guna blogskin/classic template. aku guna washed denim template. entahlah, memang tak dinafikan aku lebih suka blogskin or classic template tu sebab dia senang nak edit yah walaupun dia macam tahey sikit. kenapa? contohlah kau nak edit letak cursor warna warni ke doodle kat sidebar ke kau kena banyak main dengan code. kalau kau jenis arif nakmati takpe jugak, ini kalau tengok code pelik2 lepastu banyak perkataan '<br>' '<html/>' yada yada pejadah semua tu pun dah berpinar biji mata haaaaa aku syorkan kau guna denim template macam aku ni. yet simple lah kalau nak compare dengan blogskin. dia pun mudah sebab tak banyak guna code then if kau nak add anything else kat sidebar blog kau tu kau just pergi kat loyaout je. haaaa nak tambah apa? anjenk? kucenk? tahey? babenk? yada yada dipersilakan. tapi kan, tak semua benda kau nak letak kat denim template ni mudah. contohlah kau nak buat shadow effect dekat post entry kau kena pergi kat design > edit Html then kau copy paste code kat situ. kalau menjadi haaaa sila panjatkan rasa keyukuran pada ilahi kalau tak boleh jangan babi dipersalahkan ya mungkin kau yang salah code alah biasalah kalau nak jadi blogger famous cam lyssa faizureen tu memang dunia kau dipenuhi code yang pelik2 lepastu kau banyak main kat photoshop hmm biasalah hidup ini mana je tak ditimpa ujian? lel. 

dulu aku memang tak pandai blogging ni sumpah duh. aku start buat blog masa mid years form 3. alah, blog aku cikai cikai je dulu blink sana blink sini hasilnya jadi blog dato' sri vida. memang penuh dengan freebies lah aku cakap kau kahkahkah lepastu cursor pulak jenis ada word yang serounding dekat cursor tu bapak lah trouble gila macam-macam kau nak tepek macam apa siaaaa blog aku dulu. k enough. tapi trust me, mula mula kau akan pening dengan code2 ni semua tapi nanti dah biasa dah. untuk adek2 yang baru nak berjinak dalam dunia blog, sila google tutorial ya... taip je nanti keluar lah macam2 tutorial either classic or denim template. kau nak letak hover blockquote ke dissable highlight ke dissable right click ke yada yada kau pi tempat blog lyssa faizureen. tapi blog dia tuto denim template je yang lain kau search sendiri. ni pun aku edit semula blog aku dari header dia sampailah tempat chatbox semua baru. haaaa nampak tak chatbox kat side bar tu? macam orang gila chat sorang2 lantaklah bukan ada manusia manusia suci malah hina nak baca blog aku. almost bout my stories yah saja share. hmmm k. tutup cerita pasal blog ni. act, aku bukan nak purpose pasal blog ni siaa kahkah lantaklah.

baru2 ni result spm baru keluar dan yup dedor dia masyaAllah gais tak tahu nak kata apa. malam nak ambik result tu aku, si jah lehnet dengan si zue puake masing2 karok macam nak pecah anak tekak. alah saja nak release kan stress. kahkah sorry my bad aku tak karok pun aku dengo je voice sibat sibat ni semua sebab adek aku sekolah esok plus kau share bilik so takleh bising2. bila dah pagi wassap zup zap masuk kat grup kelas. haha diorang tak bagi left grup class tu biar lah stay je sampai ke tua. aku tanya member aku madah semua gerak kol 11 pagi cam anjenk tau kau pulak sha bangun pukul 10.20 hmm nak mati pe bangun lambat. dengan shawl nya tak gosok baju tak cari lagi. cari baju je dah 10 minit, mandi 15 minit iron shawl dah 10 minit gitu pastu kau nak pakai foundesyen lipstik pejadah 10 minit pakai shawl lilit 5 minit madahlah last2 gerak kol 11.30 hmm pengetua dah bagi ucapan dewan lak dah penuh cam padang masyar aku lak terkinja kinja lagi kat gate depan skolah. aku gerak sorang je ayah aku balik mak aku kerja. 

masa otw nak ke dewan tu aku dah dengo dah suara cikgu zul panggil nama dak2 cemerlang. time tu kaki laju macam guna kuasa turbo nak cepat punya pasal. hmm bila dah sampai aku cari member aku tak jumpa yelah sebab dewan tu penuh so aku decide aku diri kat luar je sorang2. muka lak sayu gila weh sebab mostly nama yang disebut tu semua classmate aku. aku diri je kat luar sorang2 sambil nengok muka2 bangga kawan2 kau yang cemerlang. pehh, time tu  kepala aku dah lentok kat pintu belakang dewan. dah pasrah nak mampussss kau tahu tak em. aku dah tak pikir dah pasal semuaorang pasal diri aku pasal appearance aku lantak ah aku pikir result je masa tu. aku tengok jelah dari jauh nama2 kawan2 aku yang dapat 8A lah 7A lah dan aku pulak terkontang kanting tanpa arah tujuan kat belakang. and that time i was like...

"terer nak mampus sia diorg ni semua..."

"diorang ni otak robot kepe syal terer nak mati..."

"tak mungkin nama kau kena panggil sha. mimpi jelah kau!...."

"redhooooo shaaa!!! hmmm..."

"kalau lah nama aku ada, bapak berangan kau cah boleh pergi kubur sana..."

macam2 duh time tu kepala lak nak gatal duhmak, lepastu tangan lepastu kaki bapak macam beruk garu sana sini tak senang nak nengok member2 kau kat depan. time tu probablity nak mencarut agak mencanak naik gak macam graf ogif tapi aku tahan je kalau tak disebabkan nak amik result aku macam tak pernah belajar tu. and guess what? dalam 5 minit lepastu;

"dengan memperoleh 6A2B1D dipersilakan adik NUR AISYAH BINTI MOHD SALADDIN. tahniah!"

pehhhhhhhhhhh.... sumpah! i wasn't expected that my name in their list too. allahu, rasa macam nak sujud syukur gak masatu. cepat-cepat aku kedepan madah gigil satu badan sebelah pengetua. dah lah muka aku macam tapai basi yelah sebab main lilit2 je. haaaa lepas dah dapat result tu baru nak melangkah tempat aku mula2 berkabung tadi tiba2 nampak member2 aku lambai2. aku pun tanpa pikir banyak terus pergi tempat dorang. kahkahkah menggigil kau satu badan.

but little bit i felt aggrived sebab ada D tau tapi aku bersyukur walaupun ada D. mati2 ingat D tu perdagangan sebab waktu last subject tu aku jawab hentam keromo. PD lah yang aku jawab main2 siaaaa sebab aku lemah PD tapi tak sangka lak D tu BI kahkah PD lak B+ allahu, perancanganNya takde sapa yang tahu. math lak mati2 ingat dapat C tapi alhamdulillah dapat B hmm. aku rasa menyesal gak lah sebab time kat kelas sir vincent main2 dulu. tapi sepajang aku exam aku tak pernah dapat D selalu dapat C or C+ je mana tak terkejut beruk last2 spm dapat D. sumpah terkilan gila! tulah, selalu sir vincent tanda bagi free marks lah bonus lah hah kau sekali spm Allah balas. rasa sedih duh. dulu sir ada cakap "saya dah buat macam2 dah nak bagi awak pandai BI dah tak tahu nak buat apa lagi. semuanya terserah pada awak." masa tu aku endah tak endah je ayat dia beb. menyesal gila hmm if i could return back my time, janji aku belajar baik2 duh. mungkin aku dapat marker yang strict kut bukannya lembut2 macam sir. hmm.. k nevermind.

yang sedihnya member aku sorang ni nama dia LEE ONN (bukan nama sebenar) dapat 8A1E... kau rasa??? dan E dia tu BI masyaAllah sayangnya beb result dia dah cantik. tapi aku tahu kawan aku sorang ni dia memang lemah gila gila BI sedih duh kat dia. tapi takpelah adalah tu rezeki dia kan... time tu pulak lagu Jangan Menangis Aizat Amdan berlegar2 dalam kepala aku. dia punya lirik memang kena dengan situasi aku masa tu. huks huks...

hmm bila pikir balik itulah rezeki masing2. doesn't mean kau dapat 9B kau bengap. kau dapat 9C kau bebal. tak. kau cuma belum berjaya. kalau nak berjaya, cuma satu jelah nasihat aku; jangan malas! itu je. jujur lah aku pun malas sebenarnya masyaAllah malas gila tapir tapi nak berjaya kau kena gagahkan juga semangat kau. kau dapat 1A pun kira kau berjaya dah tu. jangan sedih. cause Allah know what the best for you. He give what you need, trust me. don't simply falling down when you allready capable to flying up. ya aku tahu BI aku terabur tapi aku cuba. k lah, sampai sini je aku nak taip. malam2 gini penat nak taip panjang2. assalamualaikum and bye!

be patient for what was written for you was written by the Greatest of writer.

0 comments: