Assalammualaikum.
hari ni aku nak buat taklim sikitlah. bukannya apa aku just nak share lah dengan korang apa yang ustazah aku ajar dekat aku. so, kiranya aku ni nak berdakwah jugaklah tapi aku harap apa yang aku nak sampaikan ni boleh buat korang insaf. bukannya aku nak cakap yang diri aku ni dah insaf seratus peratus pun tak juga tapi aku nak laksanakan tanggungjawab aku sebagai orang islam. tanggungjawab untuk berdakwah dan menyebarkan ajaran islam. hari ni aku nak cerita tentang manusia perlu bersyukur . kalau aku ada tersasul ke typo ke apa aku minta maaf sesangat.
okay. sebelum tu aku nak tanya sikit, kau perasan tak dah banyak musibah yang Allah turunkan? tak perasan? habis tu apa yang kau perasan? fly sana sini dengan boyfriend? dedahkan aurat sana sini? Allah! kau masih tak sedar kan? okay takpa. aku bukan nak sibuk tentang hal peribadi kau ke apa cuma aku harap apa yang selama ni kau buat kau boleh renungkan lah ya.. cuba kira dah berapa kali Allah turunkan bala? kira lah! yang pertama tentang MH370 hilang, MH17 terhempas, banjir teruk, puting beliung and sekarang pesawat Air asia QZ8501 terhempas. semua tu bala yang Allah turunkan tapi masih ada jugak yang tak sedar. kenapa? sebab busy dengan urusan duniawi kau. contoh? contoh macam isu sekarang ni memang tengah hangat dekat media sosial. kpop. ya konsert kpop yang diadakan dekat KL baru-baru ni. nak tahu apa? perempuan-2 islam memeluk dan bercium dengan artis kpop kesayangan di atas konsert tu dengan tak malunya! ya Allah! kau sedar tak? mana maruah kau? mana? kau tak fikir ke yang semua tu haram? dengan bala yang Allah turunkan masih lagi kau buat derkk je? ya. memang kau tak amik kisah sebab Allah turunkan nikmat dekat kau. nikmat kekayaan, nikmat kesihatan, nikmat akal fikiran semua tu Allah bagi tapi kau masih tak sedar yang kau dah tersalah guna nikmat kau. patutnya kau kena bersyukur semua tu! tapi apa kau buat? kalau Allah turunkan bala lagi lepas ni? macam mana? bala yang lagi hebat mendatang macam kaum-kaum yang terdahulu. balasan yang amat dasyat lagi terperi! allahhu.
okay back to the first topic, bersyukur. apa tu bersyukur? Allah S.W.T melantik manusia sebagai khalifah dimuka bumi ni. untuk tujuan itu Allah menyedia kan pelbagai kemudahan. kemudahan-2 itu merupakan nikmat kepada manusia yang tidak terhingga di dunia ni. antara nikmat yang Allah beri ni ada 8.
- iman
- islam
- kesihatan tubuh badan
- kesempurnaan fizikal
- akal fikiran
- kemerdekaan
- keimanan
- kemakmuran
itu semua nikmat yang Allah beri, tapi ada kita bersyukur tak? setiap pagi Allah menghidupkan kita dengan kematian kecil iaitu tidur. tapi ada yang ucap alhamdullillah? tak da kan? kenapa? sebab kau lupa Allah! Allah dah bagi kau kaya raya tapi masih ada jugak yang tak reti nak bersyukur bagi kau macam tak cukup harta yang Allah bagi. lepas dah kaya jadi bongkak then lupa siapa yang bagi kau semua tu. ingat-ingat lah ya wahai hamba Allah kekayaan yang kau ada tu cuma pinjaman aje. tak kekal mana pun. suatu hari nanti akan ditarik semula. kau ingat bila kau mati dengan harta-harta tu sekali boleh bawak kau kat akhirat? kalau kau rasa kau tak nak kehilangan harta kau baik dengan harta-harta tu sekali kau timbuskan sekali dalam kubur kau. nak sangat kan? lepastu tak reti nak bersyukur. dan lagi satu, kita ni umat siapa? nabi muhammad! yess! nabi yang terakhir yang dipilih oleh Allah. kenapa sebelum ni umat-umat nabi lain kena bencana teruk sebelum nabi muhammad? tu sebab diorang tak bersyukur! so, kita yang umat akhir zaman ni kena berfikir kenapa bencana yang teruk Allah tak turunkan kepada kita? sebab kita selamat dibawah laungan nabi muhammad. tapi ada sesiapa yang terfikir tak? tak ada! kau tak kesian ke dekat nabi kita? dia susah susah doakan kita selamat tapi apa kita buat? dont know je? setakat musibah banjir, pesawat hilang, puting beliung pun kau dah takut. tak sebanding bencana yang lagi teruk dekat kaum lut umat kepada nabi lut, kaum Aad umat nabi hud, kaum tsamud umat nabi solleh lagi lah hebat bencana yang Allah bagi. terfikir tak? tuh sebab Nabi muhammad selalu doakan umat dia selamat, tapi ada kita terfikir? Allahhu..
okaylah aku rasa sampai sini aje yang aku nak share kat korang. Hope bermanfaat lah ya. sentiasa basahkan bibir kita dengan zikir dan selawat insyaa Allah selamat. dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. jangan nak merungut sangat kang nanti tak pasal-pasal Allah tarik balik nikmat tuh baru tahu. setakat itu aje. if korang khilaf jangan lupa Allah maha pengampun . insaf dan bertaubatlah sebelum ujian yang lebih hebat mendatang! wassalam...
"jika kau bersyukur nescaya Allah akan menambah nikmat kepada kau. dan jika kau takbur sesungguhnya azab Allah amat pedih"


0 comments:
Post a Comment